Catwalk bawa Mia Zahra Zulaikha ke pentas dunia

Catwalk bawa Mia Zahra Zulaikha ke pentas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siapa sangka langkah kecil di pentas catwalk ketika usia muda akhirnya membawa Mia Zahra Zulaikha ke pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai M World Teen 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih membanggakan, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima International Popularity Award 2026, sekaligus menjadi antara detik manis dalam perjalanannya sebagai model muda.

Namun, kejayaan itu tidak datang sekelip mata. Sebelum melangkah ke pentas pertandingan dan menggayakan pelbagai koleksi pereka, Mia terlebih dahulu membina keyakinan menerusi latihan catwalk sejak kecil.

Di bawah kendalian pakar peragaan, Mia mempelajari asas peragaan termasuk gaya, langkah, postur serta cara membawa diri dengan yakin di atas pentas.

Daripada latihan dan pertandingan yang disertai, pengalaman demi pengalaman mula membentuk dirinya, selain membuka ruang untuk Mia mengasah bakat dan mengumpul pelbagai pencapaian.

Antara kejayaan awalnya termasuk dinobatkan sebagai Supermodel Cilik 2022, Champion Runway Kid Got Talent Karnival 2022, Miss Runway Lil Miss Barbie 2023, The Best Confidence Award Dragon Fruit Creative Catwalk 2023 dan Grand Champion Royal Mejestic 2023.

Pada 2024, langkah Mia semakin kukuh apabila meraih Best Catwalk Prince & Princess Songket, selain dinobatkan sebagai Ikon New Top Model dan menerima National Star Award.

Tahun berikutnya menyaksikan lebih banyak pentas menanti Mia apabila dia meraih Best Catwalk Malam Persona Awan Biru, sebelum muncul sebagai juara Miss Kuala Lumpur Kebaya dan Miss Malaysia Kebaya.

Tidak berhenti di situ, Mia turut mencatat kejayaan sebagai pemenang Best Catwalk di Selangor Fashion Week dan akhirnya dinobatkan sebagai juara World Culture Model Search 2025.

Suka fesyen, kenal budaya

Bagi Mia, dunia fesyen bukan sekadar tentang penampilan di atas pentas. Sebaliknya setiap busana mempunyai cerita, identiti dan nilai budaya tersendiri.

Minat itu semakin berkembang apabila Mia terlibat dalam pelbagai program berkaitan budaya Malaysia dan dunia peragaan, termasuk World Culture Model Search serta peranannya sebagai Ambassador Malaysia Culture Model Search 2026.

Pada masa sama, Mia turut menerima peluang menggayakan koleksi beberapa pereka tempatan seperti Yani Bakhtiar, Suliani dan Bill Keith.

Peluang menggayakan koleksi Yani Bakhtiar memberikan pengalaman berharga dalam memahami karakter sesebuah rekaan serta bagaimana seorang model perlu menyampaikan keindahan busana melalui gaya, ekspresi dan keyakinan di atas pentas.

Sepanjang perjalanan itu, Mia turut berpeluang bertemu dengan pelbagai pereka fesyen, jurusolek dan penggiat industri yang membantu membentuk dirinya sebagai model yang lebih yakin dan disiplin.

Mia juga pernah diwawancarai di Radio Selangor FM, menambah pengalaman dalam perjalanan dirinya sebagai model muda.
Sebagai junior catwalk trainer

Menariknya, perjalanan Mia dalam dunia peragaan kini memasuki satu lagi fasa apabila dia mula diberi peluang melatih dan membimbing model-model muda dalam asas catwalk.

Daripada seorang yang dahulunya belajar tentang postur, langkah, gaya dan keyakinan di atas pentas, Mia kini berkongsi pengalaman tersebut dengan junior yang ingin mengenali dunia peragaan.

Peranan sebagai Junior Catwalk Trainer memberi peluang kepada Mia untuk belajar menjadi seorang pembimbing, di samping mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan cara menyampaikan ilmu kepada peserta yang lebih muda.

Pengalaman itu mengajarnya menjadi model bukan hanya tentang kelihatan cantik di atas pentas, tetapi turut memerlukan disiplin, keyakinan, adab, kawalan diri dan kemampuan bekerja dalam satu pasukan.

Mahkota bukan pengakhiran

Walaupun sudah meraih pelbagai pencapaian, Mia menganggap setiap kejayaan sebagai peluang untuk terus belajar dan memperbaiki diri.

Dalam perjalanan menyertai M World, Mia turut dibantu oleh pereka Norazlan Azlan (Ghazlan) dan Hanie Mua.

Mia turut menghargai peluang yang diberikan oleh Datuk Reiss Tiara selaku penganjur, yang banyak mengajarnya tentang dunia peragaan dan bagaimana untuk menjadi seorang model yang mempunyai landasan tersendiri.

Di sebalik kesibukan menyertai aktiviti peragaan, Mia tetap perlu membahagikan masa antara pelajaran dan minatnya dalam dunia fesyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN