Houthi terjejas teruk diserang pakatan tentera Arab Saudi - Utusan Malaysia

Houthi terjejas teruk diserang pakatan tentera Arab Saudi

YEMEN berjaya menawan semula Selat Bab el-Mandeb yang sebelum ini dirampas Houthi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Houthi menerima tam­paran hebat apabila pasukan kerajaan Yemen disokong Arab Saudi melancarkan serangan bertubi-tubi dan berjaya me­nawan beberapa kawasan stra­tegik selepas kumpulan berke­naan menyerang negara beraja itu termasuk di Mekah dan Madinah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan Yemen kelmarin turut berjaya menguasai laluan strategik Selat Bab el-Mandeb iaitu pintu masuk selatan ke Laut Merah dan Terusan Suez daripada kumpulan itu yang menawannya awal pertengahan bulan lalu.

Houthi sebelum ini mengua­sai sebahagian besar utara Ye­men, termasuk ibu negara Sa­naa dan bandar pelabuhan barat Hodeida selain merampas kawasan pesisir pantai yang luas di sepanjang Laut Merah serta Selat Bab al-Mandab dalam pertempuran paling dahsyat sejak beberapa tahun lalu.

Kerajaan Yemen yang diikti­raf masyarakat antarabangsa ber­kata, tenteranya turut berjaya merampas semula bandar pelabuhan strategik Mocha dan beberapa kedudukan penting berhampiran Selat Bab al-Man­dab ketika melancarkan sera­ngan balas besar-besaran terhadap Houthi.

Tentera itu berkata pada Isnin bahawa satu serangan strategik turut dilancarkan ke atas ibu negara Yemen, Sanaa, yang dikuasai Houthi sejak 2014.

Gabungan diketuai Arab Saudi itu  melancarkan operasi ketenteraan terhadap kumpulan Houthi di wilayah Hudaidah di pantai Laut Merah, dengan memusnahkan depoh senjata dan  kemudahan menyimpan bot berisi bahan letupan serta periuk api laut.

Jurucakap gabungan itu, Tur­ki al-Maliki berkata, sera­ngan tersebut dilancarkan unit tentera laut terhadap beberapa sasaran ketenteraan Houthi di sepanjang kawasan pantai.

Beliau berkata, operasi berke­naan turut berjaya menggagal­kan rancangan serangan yang dipercayai bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat terhadap laluan perairan di selatan Laut Merah.

“Depoh senjata, kemudahan menyimpan bot berisi bahan letupan dan periuk api laut berjaya dimusnahkan,” katanya dalam kenyataan di X.

Dalam perkembangan sama, gabungan itu mengesahkan kira-kira 100 pesawat pejuang melancarkan serangan pada waktu subuh di beberapa kawasan di seluruh Yemen.

Kerajaan Yemen yang diikti­raf antarabangsa sebelum ini berikrar untuk merampas semula semua wilayah yang dikuasai Houthi, yang didiami majoriti penduduk negara itu.

Sebagai tindak balas, Houthi mendakwa melancarkan sera­ngan terhadap beberapa infrastruktur penting di Arab Saudi menggunakan dron dan peluru berpandu balistik.

Kumpulan itu mendakwa  telah menyerang Lapangan Terbang Riyadh, kilang penapisan minyak Aramco di Rabigh, Lapangan Terbang Abha, pangkalan udara Khamis Mushait, Najran dan  kem tentera Akfa di Asir.

Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam serangan ter­hadap lapangan terbang Ja­zan dan Najran berhampiran sempadan Yemen kelmarin akibat serangan dron dan peluru berandu Houthi di Arab Saudi.

Kumpulan yang menawan ibu negara Yemen, Sanaa, pada 2014, mencetuskan perang sau­dara dahsyat yang terhenti susulan gencatan senjata pada 2022. Namun, ia  tercetus semu­la pada Julai.

Kerajaan mengumumkan se­­rangan balas besar-besaran de­ngan sokongan pakatan di­ketuai Arab Saudi yang telah menyokongnya sejak 2015. 

Konflik di Yemen mencetuskan krisis kemanusiaan yang parah sehingga menyebabkan sebahagian besar penduduk bergantung kepada bantuan.

Lebih 184,000 orang kehi­la­ngan tempat tinggal akibat pertempuran terbaru, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN