Pelajar dikhuatiri lemas mandi di tasik buatan

Pelajar dikhuatiri lemas mandi di tasik buatan

Mandi di tasik buatan
SEORANG remaja dikhuatiri lemas selepas mandi dekat di sebuah task dekat Bandar Botanik, Klang, hari ini. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pelajar tingkatan tiga dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dikatakan mandi bersama enam rakannya yang lain di sebuah tasik buatan dekat Bandar Botanik, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.21 petang tadi.

“Komander operasi melaporkan seorang mangsa dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda bersama rakan. Mangsa seorang lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerja-kerja pencarian mangsa sedang dijalankan termasuk menggunakan kaedah selaman,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu pihaknya menggerakkan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Shah Alam bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan utiliti operasi ringan (LOV). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×