Trump mungkin tidak terima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini

Trump mungkin tidak terima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Pengaruh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijangka terus dirasai dalam pemilihan penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini, meskipun beliau tidak akan menerima anugerah itu ketika perang dengan Iran masih berlarutan, menurut pakar.

Hadiah Nobel Keamanan tahun lalu diberikan kepada tokoh pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, selepas Trump berulang kali melobi untuk mendapatkan anugerah berkenaan.

Beberapa minggu selepas menerima anugerah itu, Machado menyerahkan pingat emas Nobelnya kepada Trump dalam usaha mendapatkan sokongan terhadap perjuangannya untuk mewujudkan Venezuela yang demokratik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemangku pengarah Institut Penyelidikan Keamanan Oslo, Haakon Gjerloew, berkata pengalaman tahun lalu mungkin mempengaruhi pertimbangan lima anggota jawatankuasa berkenaan ketika memilih penerima tahun ini.

“Saya fikir peristiwa sekitar Hadiah Nobel Keamanan tahun lalu, termasuk tindakan Maria Corina Machado menyerahkannya kepada Trump selepas itu, akan mempengaruhi sebahagian pertimbangan yang dibuat mereka,” katanya kepada Reuters.

Menurut Gjerloew, jawatankuasa itu mungkin mengambil kira sama ada penerima berpotensi mampu berdepan tekanan daripada Trump selepas menerima anugerah berkenaan.

“Satu kebimbangan yang mungkin ada pada jawatankuasa ialah sama ada pemberian anugerah kepada seseorang boleh menyebabkan individu itu menerima tekanan daripada Donald Trump,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan juga mungkin mempertimbangkan sama ada pemberian anugerah itu akan membawa lebih banyak manfaat berbanding kemudaratan kepada penerimanya.

Dalam pada itu, pakar menyenaraikan Pope Leo, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki, Francesca Albanese, sebagai antara calon berpotensi.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan tahun ini dijadual diumumkan pada 9 Oktober.

Pope Leo, paus pertama yang dilahirkan di AS, berkata beliau akan terus bersuara menentang peperangan selepas Trump menyifatkannya sebagai ‘lemah’ kerana mengkritik konflik AS dengan Iran.

Ensiklika Paus mengenai kecerdasan buatan (AI), pendiriannya yang menggalakkan dialog dan penyelesaian konflik secara aman, seruannya supaya hak migran dihormati serta kerja kemanusiaannya boleh menjadi antara asas untuk beliau dipertimbangkan menerima anugerah berkenaan.

“Paus bukan sekadar tokoh agama. Beliau muncul sebagai pemikir yang berpengaruh,” kata Pengarah Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, Karim Haggag, kepada Reuters.

Sementara itu, Francesca Albanese dari Itali berdepan kritikan daripada AS dan Israel susulan kecamannya terhadap tindakan Israel dalam perang menentang Hamas di Gaza serta pendudukan di Tebing Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×