'PN batal, kami ada Pas'

‘PN batal, kami ada Pas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: ‘PN batal. Kami ada Pas. Pas untuk semua.’

Demikian hantaran Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi dalam laman Facebooknya yang mencetuskan tanya tanya berhubung kedudukan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan politik.

Hantaran berkenaan seoalah-olah mengesahkan khabar angin mengatakan gabungan itu dibatalkan pertubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Namun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada RoS mahupun pimpinan PN sendiri berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) antaranya dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.

Ia termasuk aduan berkaitan kedudukan keanggotaannya dalam gabungan berkenaan.

Menurut RoS, penelitian terhadap aduan yang dibangkitkan ini sedang dilaksanakan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, perlembagaan pertubuhan yang diluluskan serta rekod rasmi Jabatan.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu sebelum ini mengemukakan lapan perkara pokok yang didakwa telah dilanggar dan tidak dihormati pimpinan PN ketika ini.

Katanya, hal itu mendorong Bersatu membuat aduan rasmi kepada RoS dan perkara itu telah diberi perhatian.

Sementara itu Muhyiddin berkata, Bersatu sebelum ini mengemukakan lapan perkara pokok yang didakwa telah dilanggar dan tidak dihormati pimpinan PN ketika ini.

Katanya, hal itu mendorong Bersatu membuat aduan rasmi kepada RoS dan perkara itu telah diberi perhatian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×