Hampir lima dekad kaki lima jadi lubuk rezeki

Hampir lima dekad kaki lima jadi lubuk rezeki

SAZALI Latif (kiri) bersama Mohd. Nazri menjahit kasut di kaki lima di Jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hampir separuh abad kaki lima di Jalan Temenggong di sini, menjadi ‘lubuk’ rezeki buat Sazali Latif, 70, melalui upah menjahit kasut dan selipar rosak.

Sudah 48 tahun dia bergantung kepada kemahiran tersebut untuk menyara kehidupan, malah ketika usia semakin meningkat, kemahiran itu kini diwariskan kepada anak sulungnya, Mohd. Nazri, 45.

Seawal pukul 9 pagi, Sazali bersama Nazri sudah mula mengatur jarum, benang dan peralatan menjahit di kaki lima, meneruskan tradisi yang semakin jarang ditemukan dalam arus kehidupan moden.

“Saya menjahit kasut rosak sudah 48 tahun dan menjadi sumber rezeki utama. Pelanggan juga berpuas hati. Memandangkan usia semakin meningkat, Mohd. Nazri bersetuju mengambil alih me­lakukan kerja ini dan sudah lima tahun dia membantu saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sazali berkata, upah menjahit selipar antara RM3 hingga RM5 manakala kasut mence­cah RM50 sepasang, termasuk menukar tapak kasut baharu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×