UMNO sudah diberi jawatan - Utusan Malaysia

UMNO sudah diberi jawatan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan UMNO menggasak Perikatan Nasional (PN) atas alasan ahli parti itu kurang diberi jawatan dalam kerajaan adalah tidak wajar, sebaliknya hampir semua ahli Parlimen backbencher memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pelbagai lagi.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mengakui terlibat menggerakkan usaha agar ahli-ahli Parlimen mendapat jawatan, dan kini majoriti mereka telah ditempatkan dalam pelbagai sektor.

“Ini satu bentuk syak wa­sangka, kononnya mereka tak sokong sebab tak dapat ja­watan dan sebagainya, jadi saya tak mahu komen. Ta­pi saya nak beritahu, ham­pir semua ahli Parlimen backben­cher memegang ja­wa­­tan-jawatan yang diper­tanggungjawabkan dan diama­nahkan kepada me­reka dalam GLC dan pelbagai lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita ada jawatan, saya di antara orang yang mengge­rakkan usaha ini untuk mereka dapat jawatan, jadi saya tahu. Boleh kata hampir semua, sebahagian besar dapat jawatan,” katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Dalam pada banyak pihak mempertikaikan tindakan PN yang didakwa enggan berkongsi kuasa dengan UM­NO, Shahidan menegaskan bahawa perkara itu tidak benar kerana UMNO diberi ruang yang cukup besar bagi mendominasi PN.

“Ya, sekarang ini kita ada berkata, (kerajaan Melayu-Islam) yang terbesar pun tak guna sebab UMNO tidak pegang apa-apa jawatan pen­ting. Padahal sekarang orang yang paling banyak duduk dalam Kabinet adalah UMNO-BN, 21 kerusi.

“Bersatu kurang lagi, Pas cuma tiga orang menteri, GPS pun tiga. Jadi yang paling besar adalah UMNO. Ia adalah parti dominan dalam kerajaan PN. Jadi kalau tak kena di mana-mana, bukan kerajaan itu yang patut dipersalahkan, tapi kena tanya wakil UMNO lah,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) berkata, UMNO harus bertanggungjawab terhadap prestasi PN dalam menguruskan wabak.

Katanya, ini susulan majoriti menteri dan timbalan dalam kerajaan adalah dalam kala­ngan ahli UMNO.

“Sesetengah orang kata, ke­rajaan sekarang yang terburuk. Saya beri contoh ada seorang kawan saya dari Kedah, dia kata kerajaan ini terburuk.

“Sedangkan sekarang, ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan, tanyalah dia terburuk macam mana? Seramai 21 orang (ahli Parlimen) bukan sedikit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini