Jerebu: Agong, Raja Permaisuri Agong nasihat rakyat jaga kesihatan

Jerebu: Agong, Raja Permaisuri Agong nasihat rakyat jaga kesihatan

YANG DIPERTUAN AGONG, SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat agar sentiasa menjaga kesihatan serta memakai pelitup muka susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah, kualiti udara yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan pelbagai masalah, khususnya berkaitan sistem pernafasan.

“Justeru, rakyat khususnya warga emas, kanak-kanak, golongan yang mempunyai masalah pernafasan serta individu yang bekerja di luar dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada kesan buruk pencemaran udara,” titahnya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar, terutama ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat.

Seri Paduka Baginda berdua turut berharap seluruh rakyat sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi keadaan jerebu.

“Rakyat juga disaran supaya minum air secukupnya, sentiasa peka terhadap pengumuman rasmi serta mengikuti perkembangan bacaan IPU harian bagi memastikan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga sentiasa terpelihara,” titahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×