KUALA LUMPUR: Apabila Puan Suzana disahkan menghidap kanser payudara, beliau menyangka bahawa kemoterapi merupakan salah satu cabaran paling besar kepadanya.
Namun, beliau tidak menjangkakan bahawa perkara paling sukar setiap hari adalah makan.
“Pada hari selepas menjalani kemoterapi, saya langsung tiada selera makan. Malah, menelan pun menjadi susah,” katanya.
Apabila rawatan berterusan, selera makan Puan Suzana semakin berkurangan dan berat badan mula susut. Setiap waktu makan menjadi cabaran antara keperluan tubuh dan kemampuan untuk makan.
Apabila pakar dietetik memperkenalkan Valens Onthera+, sebuah produk formula imunonutrisi khusus, kepada Puan Suzana, beliau menerimanya sebagai salah satu makanan tambahan untuk menyokong pemulihannya.
“Saya panggilnya (Valens Onthera+) ‘Susu Coklat’ dan saya minum setiap hari, terutamanya apabila saya tidak bertenaga atau tiada selera makan,” katanya.
“Terutamanya selepas rawatan, saya berasa sangat lemah dan letih, ‘Susu Coklat’ membantu memulihkan sedikit tenaga. Pakar dietetik saya kata ia baik untuk saya kerana membekalkan khasiat yang diperlukan oleh badan.”
“Saya memang rasa tenaga saya pulih lebih cepat bila mengambilnya, terutama semasa rawatan.”
Kisah Puan Suzana mencerminkan salah satu cabaran yang dihadapi ramai pesakit kanser di Malaysia.
Cabaran pemakanan pesakit kanser memerlukan lebih banyak tumpuan
Di kalangan masyarakat, cabaran kanser lazimnya dikaitkan dengan proses diagnosis, pembedahan dan rawatan.
Namun, pemakanan dan nutrisi yang mencukupi juga merupakan antara cabaran utama yang dihadapi pesakit kanser sepanjang tempoh rawatan. Kajian penyelidikan menganggarkan bahawa 40 hingga 80 peratus pesakit kanser mengalami malnutrisi sepanjang perjalanan rawatan, ini menjadikannya antara komplikasi paling lazim tetapi sering terlepas pandang dalam sistem penjagaan kanser (1, 2, 3). Walaupun banyak pesakit mengalami masalah malnutrisi, aspek pemakanan sering menerima tumpuan yang lebih rendah berbanding dengan aspek penjagaan kanser yang lain, sedangkan status pemakanan yang kurang wajar boleh menjejaskan kekuatan, pemulihan dan kualiti hidup pesakit.
Cabaran ini kini mendapat perhatian baharu di Malaysia melalui sebuah kajian klinikal tempatan, di mana hasil kajian telah menyerlahkan peranan penting imunonutrisi dalam penjagaan pesakit kanser.
Cabaran ini kini mendapat perhatian baharu di Malaysia melalui sebuah kajian klinikal tempatan, di mana hasil kajian telah menyerlahkan peranan penting imunonutrisi dalam penjagaan pesakit kanser.
Penyelidikan klinikal yang semakin berkembang kini membuktikan kepentingan pemakanan imunonutrisi bagi pesakit kanser yang tertentu, terutamanya pesakit yang menjalaninpembedahan besar. Garis panduan pemakanan klinikal antarabangsa turut mengesyorkan penggunaan pemakanan imunonutrisi dalam keadaan terpilih, khususnya menerusi program “Enhanced Recovery After Surgery (ERAS)” (4, 5, 6).
Sebuah kajian klinikal Malaysia baharu turut menyumbang kepada penyelidikan bidang ini dengan memperkaya penyelidikan klinikal tempatan mengenai peranan imunonutrisi dalam menyokong pemulihan dan rawatan pesakit kanser. Kajian tersebut kini telah diterbitkan dalam jurnal klinikal “Supportive Care in Cancer”.
Kajian klinikal tersebut melibatkan 110 pesakit kanser ginekologi yang menjalani pembedahan di Institut Kanser Negara (IKN) di bawah program ERAS, di mana keadaan pemulihan pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi dibandingkan dengan mereka yang menerima pemakanan biasa.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi memperolehi proses pemulihan yang lebih baik, termasuk tempoh rawatan di hospital lebih singkat, pemulihan fungsi perut dan usus lebih cepat, penyembuhan luka lebih baik serta pemeliharaan status pemakanan dan fungsi fizikal yang lebih baik.
Pesakit yang menerima pemakanan imunonutrisi juga menunjukkan profil keradangan yang lebih sihat dan, yang ketara, tiada kemasukan semula ke hospital dalam tempoh 30 hari
selepas pembedahan (7). Produk pemakanan imunonutrisi yang dinilai dalam kajian ini ialah Valens Onthera+, formula nimunonutrisi khusus buatan Malaysia.
Kajian ini turut menyumbang data daripada populasi Malaysia, yang selama ini kurang diwakili berbanding dengan penyelidikan yang biasanya melibatkan populasi Asia Barat dan
Timur.
Menangani Cabaran Pemakanan Melalui Program Kebajikan Imunonutrisi
Walaupun penyelidikan mengenai kepentingan pemakanan dalam penjagaan kanser semakin berkembang, ramai pesakit kanser masih mengalami cabaran tersebut.
Bagi membantu menangani cabaran ini, program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope” telah dilancarkan di Psychosocial Support Summit yang diadakan bersempena
National Cancer Congress 2026 pada 4 Sep 2026.
Program ini merupakan salah satu inisiatif VALENS® Support Fund, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kanser yang ditubuhkan oleh Pharm-D Health Science
Berhad (Pharm-D HS) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan telah dilancarkan secara rasmi pada Hari Kanser Sedunia 2026 dengan kehadiran Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Melalui program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope”, sebanyak 1,000 tin formula khusus imunonutrisi Valens Onthera+ disumbangkan kepada pesakit kanser yang layak dan dikenal pasti menerusi NCSM. Setiap penerima akan menjalani sesi penilaian menyeluruh oleh pakar dietetik, bagi menentukan keperluan pemakanan serta kesesuaian klinikal masing-masing.
Memperkasakan peranan pemakanan dalam penjagaan kanser
Pengarah Urusan Pharm-D Health Science Berhad, Wong Chin Cheang, berkata bahawa program kebajikan ini mencerminkan komitmen untuk memperkukuhkan pemakanan
sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser.
“Apabila mendengar perkataan ‘kanser’, kita biasanya terus memikirkan kemoterapi, pembedahan dan ubat-ubatan. Sebenarnya, ramai pesakit kanser berkongsi bahawa antara cabaran terbesar adalah mencari kekuatan untuk makan. Oleh itu, pemakanan bukan sekadar pelengkap tambahan kepada rawatan. Ia merupakan komponen penting dalam sistem penjagaan pesakit kanser.”
Apabila VALENS® Support Fund dilancarkan pada Hari Kanser Sedunia awal tahun ini, beliau berkata Pharm-D Health Science ingin menjadikannya lebih daripada sekadar program bantuan kewangan.
“Kami ingin menerajui usaha yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh pemakanan khusus sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser. Program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope” menterjemahkan visi tersebut bagi memastikan pesakit kanser bukan sahaja menerima sokongan pemakanan, malah mendapat bimbingan profesional daripada pakar dietetik yang memahami keperluan pemakanan mereka.”
Pengarah Urusan NCSM, Kol. Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr Murallitharan Munisamy, juga berkata bahawa cabaran pemakanan antara aspek paling membimbangkan di kalangan pesakit kanser, walaupun jarang kelihatan.
“Sebenarnya, penyakit kanser bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan pesakit. Selaindaripada tekanan emosi dan kewangan, antara punca utama pesakti kekurangan tenaga dan kekuatan adalah pemakanan yang tidak lengkap dan tidak mencukupi, disebabkan kekurangan selera and keupayaan untuk makan selepas rawatan and ubat-ubatan.
Melalui pemakanan khusus seperti imunonutrisi, kami berharap ini dapat membantu pesakit kanser mengurangkan cabaran tersebut supaya mereka dapat fokus kepada pemulihan dan penambahbaikan kualiti hidup mereka.”
“1,000 Cans of Hope” hanya sebagai langkah permulaan
Kemajuan rawatan kanser semakin berkembang, justeru pendekatan terhadap penjagaan kanser juga perlu diperkukuhkan seiring dengan perkembangan rawatan kanser. Oleh itu, pemakanan juga tidak seharusnya dianggap sebagai komponen tambahan sahaja, tetapi seharusnya dijadikan sebagai salah satu komponen penjagaan kanser utama.
Berteraskan visi tersebut, VALENS® Support Fund bukan sahaja memberi bantuan pemakanan. Malah, ia merangkumi usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan dalam penjagaan kanser menerusi program komuniti serta seminar pendidikan untuk pesakit dan penjaga. Salah satu inisiatif tersebut ialah program kebajikan Valens Onthera+ “1,000 Cans of Hope”.
Bagi Puan Suzana, sokongan yang diterima ini lebih bermakna daripada sekadar bantuan pemakanan.
“Ia mengingatkan saya bahawa kekuatan bukan sekadar tentang mengharungi rawatan, tetapi juga menjaga diri dan terus berusaha, walaupun susah. Bagi saya, sokongan ini memberi saya kekuatan dan harapan agar tidak berputus asa di perjalanan ini.” – UTUSAN










