Tiada pendekatan ‘meminang Puteri Gunung Ledang’ dalam rundingan kerjasama PN-BN

Tiada pendekatan ‘meminang Puteri Gunung Ledang’ dalam rundingan kerjasama PN-BN

ANNUAR MUSA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengemukakan tuntutan tidak munasabah kepada Barisan Nasional (BN) dalam rundingan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, PN sentiasa bersikap terbuka dan sederhana dalam rundingan berkenaan termasuk soal pengagihan kerusi yang diserahkan kepada kebijaksanaan jawatankuasa perundingan kedua-dua pihak.

“Saya jamin PN terutama Pas tidak akan minta perkara-perkara tidak munasabah. Walaupun di Melaka tetapi kita tidaklah mahu minta tujuh dulang hati nyamuk dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas dan PN tidak mengambil pendekatan meminang Puteri Gunung Ledang dalam perundingan kerjasama ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jersi Kelantan City FC di sini,. malam tadi.

Menurut Annuar, Pas dan PN lebih mengutamakan kejayaan muafakat serta agenda penyatuan ummah berbanding soal jumlah kerusi yang boleh dirundingkan untuk PRN Melaka.

“Pas lebih mengutamakan kejayaan muafakat itu sendiri dan bukan berkeras dengan soal bilangan kerusi atau sebagainya, sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Yang penting, adil dan munasabah,” katanya.

Annuar berkata, perbincangan awal mengenai kerjasama berkenaan sudah bermula dengan jawatankuasa perundingan yang masing-masing diwakili empat anggota daripada UMNO dan Pas.

Katanya, jawatankuasa berkenaan adalah badan yang sama menjalankan tugas perundingan dalam dua pilihan raya lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, soal penambahan parti baharu ke dalam PN terpulang kepada pucuk pimpinan gabungan politik berkenaan.

Katanya, ketika ini masih terdapat parti politik yang permohonannya berada pada status ‘takaruf’.

“‘Takaruf’ ini bermaksud ditangguhkan dan bukan ditolak. Jadi permohonan itu kalau ada rayuan, akan dilihat semula kerana dasar PN adalah menjadi penggabungan yang membawa penyatuan atas prinsip penyatuan ummah.

“Parti-parti politik yang sederhana dan tidak ekstremserta sealiran pemikiran akan dinilai dari semasa ke semasa,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini