PM jalani pemeriksaan, prosedur kesihatan

PM jalani pemeriksaan, prosedur kesihatan selama dua hari

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan kesihatan serta prosedur ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan tersebut selama dua hari.

“Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari. 

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam kesempatan sama, beliau dan isteri turut menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang dirawat di IJN dan masih memerlukan pemantauan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×