Eropah panas kerana pencemaran bahan api- PBB - Utusan Malaysia

Eropah panas kerana pencemaran bahan api- PBB

PELANCONG menggunakan payung akibat cuaca panas di Brussels, Belgium. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gelombang haba yang sedang ‘membakar’ Eropah menunjukkan kesan jelas perubahan iklim, kata Ketua Iklim Pertu­buhan Bangsa-Bangsa Bersa­tu (PBB), Simon Stiell pada Khamis.

Menurutnya, ia  merupakan harga terbaharu yang perlu di­bayar akibat pencemaran bahan api fosil yang sedang memanaskan planet bumi.

Eropah mengalami cuaca panas melampau sepanjang minggu ini, dengan suhu memecahkan rekod di Perancis, United Kingdom (UK) dan Sepanyol manakala beberapa negara lain turut mengeluarkan amaran gelombang haba pada tahap tertinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gelombang haba yang ganas di Eropah jelas memperlihatkan kesan krisis iklim. Ia merupakan harga terbaharu yang perlu dibayar akibat pencemaran bahan api fosil yang sedang memanaskan planet kita.

“Selagi manusia terus membakar sejumlah besar arang batu, minyak dan gas, cuaca panas melampau akan terus menjadi semakin buruk,” tambah­nya dalam satu kenyataan.

Perancis mencatatkan hari paling panas dalam sejarah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius di lebih 50 bahagian wilayah pentdbiran sejak gelombang haba terbaharu itu bermula pada 17 Jun lalu.

Cuaca ekstrem ini didorong oleh corak cuaca berterusan yang memerangkap udara panas di rantau tersebut selama berhari-hari, sekali gus menyebabkan suhu terus meningkat. 

Para saintis turut menyifatkan kejadian sedemikian menjadi semakin serius akibat kesan pemanasan global.

Indikator suhu kebangsaan Perancis dengan purata suhu waktu siang dan malam di 30 stesen meteorologi mencecah 30 darjah Celsius  pada Rabu, iaitu yang paling panas sejak rekod mula diambil pada 1947. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×