Kenderaan tanpa pemandu mula disaman - Utusan Malaysia

Kenderaan tanpa pemandu mula disaman

KENDERAAN tanpa pemandu akan mula disaman di California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan negeri California bakal menamatkan ‘kekebalan’ undang-undang bagi kenderaan tanpa pemandu menerusi penguatkuasaan peraturan baharu.

Peraturan baharu itu membolehkan tindakan saman dikenakan terhadap kenderaan autonomi (AV) yang melanggar peraturan lalu lintas.

Langkah drastik yang diperkenalkan oleh Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) California itu dijadualkan bermula pada 1 Julai depan.

Ia akan membenarkan pihak polis mengeluarkan notis ketidakpatuhan secara terus kepada syarikat pengeluar kenderaan terbabit.

Pengarah DMV, Steve Gordon dalam satu kenyataan media berkata, California akan terus menerajui pembangunan teknologi AV.

Namun, pada masa yang sama tetap komited dalam memastikan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.

“California terus mendahului dalam pembangunan dan penggunaan teknologi AV dan kemas kini peraturan ini membuktikan komitmen kami terhadap keselamatan orang awam,” katanya.

Berdasarkan peraturan baharu itu, semua  syarikat pengendali turut diwajibkan untuk menjawab panggilan daripada pihak polis atau petugas kecemasan dalam tempoh 30 saat.

Ia juga akan berdepan penalti jika kenderaan mereka menceroboh zon kecemasan yang sedang aktif.

Sebelum ini, ketiadaan pemandu di dalam kenderaan tersebut sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota penguat kuasa untuk menetapkan akauntabiliti jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang. – BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN