Kerajaan Indonesia didakwa cuai tangani jerebu

Kerajaan Indonesia didakwa cuai tangani jerebu

SEORANG lelaki duduk di tepi Sungai Kapuas ketika asap tebal dan jerebu menyelubungi bandar Pontianak di Kalimantan Barat.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia berdepan saman berhubung pencemaran jerebu akibat kebakaran hutan yang melanda sebahagian Borneo, dengan plaintif mendakwa pihak berkuasa melakukan ‘kecuaian serius’ dalam menangani masalah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes itu mula dibicarakan di mahkamah di Pontianak, Kalimantan Barat, hari ini selepas empat plaintif, termasuk cawangan tempatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat pribumi AMAN, memfailkan saman berkenaan bulan lalu.

Kebakaran dan asap tebal menjejaskan wilayah berkenaan sehingga menyebabkan sekolah ditutup dan ratusan penduduk mendapatkan rawatan akibat masalah pernafasan.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan Gabenor Kalimantan Barat antara 10 defendan yang dinamakan dalam saman itu.

Peguam plaintif, Glorio Sanen, berkata selepas pendengaran pertama bahawa kes berkenaan adalah langkah untuk menangani masalah kebakaran hutan yang berlaku setiap tahun.

Kebakaran itu sebahagian besarnya dikaitkan dengan kemusnahan hutan dan tahun ini diburukkan lagi oleh fenomena cuaca El Nino yang menyebabkan keadaan kemarau luar biasa.

Indonesia sejak beberapa minggu lalu berusaha mengawal kebakaran yang memusnahkan kawasan luas di Sumatera, Papua dan Borneo.

Asap tebal daripada kebakaran itu turut merebak ke Malaysia dan Singapura, menyebabkan pencemaran udara merentasi sempadan.

Tiada seorang daripada defendan hadir pada prosiding berkenaan, menurut wartawan AFP yang berada di mahkamah pada Rabu.

“Kami sedih dan kesal dengan ketidakhadiran mereka. Namun, pada masa sama, kami memahami mungkin keadaan jerebu menyebabkan mereka tidak dapat mendarat di Pontianak,” kata Glorio kepada pemberita.

Ratusan penerbangan turut terjejas akibat asap tebal dan berbau busuk itu.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh AFP, plaintif menuduh kerajaan melakukan ‘kecuaian serius’ kerana gagal menangani masalah kebakaran dan jerebu yang berulang setiap tahun.

Mereka mahu kerajaan mengisytiharkan bencana nasional bagi membolehkan langkah pemulihan dan rehabilitasi menyeluruh dilaksanakan, termasuk menanggung kos rawatan kesihatan penduduk yang terjejas.

Saman serupa yang difailkan tahun lalu di sebuah mahkamah di Sumatera Selatan bagaimanapun ditolak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN