Pemandu bas sekolah dipecat selepas biar murid selamatkan anak kucing cedera - Utusan Malaysia

Pemandu bas sekolah dipecat selepas biar murid selamatkan anak kucing cedera

GAMBAR fail beberapa ekor anak kucing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang pemandu bas sekolah yang disayangi ramai dipecat selepas membenarkan seorang pelajar keluar dari kenderaan itu demi menyelamatkan seekor anak kucing yang cedera di Maryland.

Cynthia Morgan, 67, dipecat daripada tugas­nya sebagai pemandu bas sekolah minggu lalu selepas beliau memberhentikan kende­ra­an tersebut untuk mem­bolehkan seorang murid sekolah rendah mengambil anak kucing yang cedera di tepi jalan luar bandar. 

Morgan telah berkhid­mat sebagai pemandu bas sekolah dalam sistem Sekolah Awam Har­ford County di timur laut Mary­land selama 11 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan pemecatan itu membangkitkan kemarahan ibu bapa yang kemudian memulakan petisyen bagi mendesak agar Morgan diserap semula bertugas dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak adil dan mengabaikan rekod perkhidmatan bersih beliau.

Petisyen berkenaan telah berjaya mengumpul lebih 7,500 tandatangan sebagai tanda sokongan. Ibu bapa menceritakan bahawa Morgan bukan sekadar pemandu bas, malah seorang yang sangat prihatin dan sering membeli kelengkapan sekolah serta hadiah hari jadi untuk setiap kanak-kanak di dalam bas menggunakan wang sendiri. 

Sementara itu, anak kucing yang diselamatkan tersebut telah di­bawa ke Pusat Veterinar Jarret­tsville. Pihak pusat ve­terinar memaklumkan bahawa anak kucing itu kini berada dalam keada­an baik selain mengalami sedikit kecederaan pada bahagian hidung­nya dan bakal diletakkan untuk proses pengambilan haiwan ti­dak lama lagi oleh penjaga baharu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini