Gamel puas hati raih satu mata

Gamel puas hati raih satu mata

AKSI Selangor FC menentang Kuala Lumpur City dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu mata yang diraih Selangor FC ketika berdepan KL City FC kelmarin sebagai hasil positif buat pasukan kendalian Chrispohe Gamel  yang masih mencari rentak konsisten dalam kempen Liga Super musim 2025-2026.

Dalam aksi penuh sengit di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), The Red Giants terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang seteru tradisi Lembah Klang itu, meskipun mendominasi sebahagian besar permainan.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Perancis itu tetap berpuas hati dengan semangat juang serta reaksi positif pemain selepas kekalahan minggu lalu.

“Yang penting, pemain menunjukkan mentaliti yang betul untuk bangkit. Satu mata ini tetap berharga kerana ia menunjukkan karakter pasukan selepas melalui detik sukar,” ujarnya.

Menurut Gamel, skuad bimbingannya beraksi baik dari segi taktikal dan kawalan bola, namun kurang tajam di bahagian serangan menyebabkan peluang keemasan gagal diterjemahkan kepada jaringan.

“Kami membina banyak gerakan menarik, tetapi di bahagian penyudah, anda dapat lihat beberapa pemain seperti Grigor sudah keletihan dan tidak secekap biasa dalam membuat keputusan. 

“Itu memberi kesan kepada tempo pasukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dengan keputusan itu, Selangor kekal di kelompok teratas liga dan kini menumpukan persiapan menghadapi cabaran getir menentang Sabah FC dalam aksi minggu ke-9 di Stadium Likas pada 1 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×