LONDON: Tiada delegasi kerajaan Israel akan dijemput ke pameran pertahanan global di London bulan depan berikutan perang di Gaza, menurut kenyataan United Kingdom (UK).
Jurucakap kerajaan UK turut mengkritik keputusan Israel untuk meningkatkan lagi operasi ketenteraan di wilayah bergolak itu.
“Oleh itu, kami mengesahkan tiada delegasi kerajaan Israel akan dijemput untuk menghadiri DSEI UK 2025,” katanya.
Kementerian Pertahanan Israel menganggap tindakan itu sebagai perbuatan diskriminasi yang disengajakan dan menegaskan akan menarik diri serta tidak menubuhkan astaka negara.
Pemimpin UK menjadi lebih lantang mengecam tindakan Israel di Gaza, termasuk rancangan terbaharu untuk memperluaskan perang serta mengambil alih Gaza City.
“Harus ada penyelesaian diplomatik untuk menamatkan perang ini sekarang, dengan gencatan senjata segera, pemulangan tebusan dan peningkatan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza,” katanya jurucakap kerajaan UK dalam kenyataan semalam.
Firma persendirian Israel masih dibenarkan untuk mempamerkan produk mereka di pameran perdagangan yang akan berlangsung dari 9 hingga 12 September.
DSEI adalah pameran perdagangan pertahanan utama Britain, diadakan setiap dua tahun di Docklands, London, dengan ratusan firma pertahanan dari seluruh dunia mempamerkan teknologi ketenteraan mereka.- BBC











