BEIJING: China menetapkan semua hospital bertaraf tertiari untuk menyediakan perkhidmatan bius epidural semasa bersalin menjelang akhir tahun ini. Langkah tersebut sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan ‘persekitaran kelahiran yang mesra’ untuk wanita. Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China minggu lalu, hospital tertiari, yang mempunyai lebih 500 katil, mesti menyediakan perkhidmatan epidural tahun ini. Manakala, hospital sekunder, yang mempunyai lebih 100 katil, perlu memenuhi keperluan tersebut selewat-lewatnya pada 2027. Langkah…










