Lembaga Keamanan mula hilang sabar dengan Israel

Lembaga Keamanan mula hilang sabar dengan Israel

SEORANG budak Palestin berjalan merentasi runtuhan bangunan yang musnah di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lembaga Keamanan Gaza yang diterajui Amerika Syarikat (AS) memberi amaran akan menyerahkan semula mandat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya Israel terus menghalang usaha menubuhkan pasukan penstabilan antarabangsa dan melucutkan senjata Hamas.

Penasihat kanan lembaga itu, Josh Gruenbaum berkata, pihaknya tidak akan terus menunggu jika Israel masih berkeras untuk memenuhi komitmen pelan keamanan Gaza.

“Kami sudah sangat bersabar dan memberikan ruang kepada Israel,” katanya dalam temu bual bersama laman berita Israel, Ynet.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gruenbaum berkata, sekiranya kepimpinan Israel tidak lagi mahu memenuhi persetujuan itu, pihaknya perlu dimaklumkan segera.

“Jika kepimpinan politik Israel kini memberitahu kami mereka tidak lagi mahu menunaikan komitmen yang telah dipersetujui, maklumkan kepada kami sekarang.

“Kami pada dasarnya akan menyerahkan semula tanggungjawab kepada PBB untuk mengawasi mandat berkenaan,” katanya.

Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Presiden AS, Donald Trump diberikan mandat luas oleh Majlis Keselamatan PBB pada November 2025 untuk menubuhkan pasukan penstabilan antarabangsa di Gaza.

Penubuhan pasukan itu merupakan sebahagian daripada pelan 20 perkara bagi menamatkan konflik serta membangunkan semula wilayah Palestin yang musnah akibat perang.

Bagaimanapun, rundingan itu terbantut selama beberapa bulan susulan pertikaian berhubung penyerahan senjata Hamas serta serangan berterusan Israel yang mengorbankan lebih 1,600 rakyat Palestin di Gaza sejak gencatan senjata pada Oktober 2025.

Hamas secara rasmi menerima pelan hala tuju Lembaga Keamanan itu pada Julai lalu dan bersetuju menyerahkan senjatanya kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza, sebuah badan teknokratik Palestin yang ditubuhkan dan diselia oleh lembaga pimpinan AS berkenaan.

Namun, sejak itu Israel berulang kali enggan menandatangani perjanjian bagi membolehkan pasukan penstabilan antarabangsa memasuki Gaza.

“Kami kini berada dalam kebuntuan akibat tindakan pihak tertentu dalam kerajaan Netanyahu yang menghalang kemajuan usaha kami serta peluang untuk menguji sama ada Hamas akan menepati janjinya,” kata Gruenbaum.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini