Anak buah Shukor kena lebih tajam

Anak buah Shukor kena lebih tajam

SHUKOR Adan. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 16 (B-16) negara perlu lebih tajam didepan gol ketika berdepan Singapura dalam aksi kedua Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-17 2027 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Itu pesanan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan kepada skuad kendalian Shukor Adan sekiranya mereka memasang impian untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 tahun depan.

Ab Ghani juga meminta para pemain agar segera melupakan kekalahan 2-0 kepada Palestin dalam aksi pembukaan, Ahad lalu dan memberikan sepenuh tumpuan untuk bangkit memburu kemenangan ke atas Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan lagi persia-siakan peluang di depan pintu gol seperti mana yang berlaku ketika menentang Palestin sebelum ini. Kita perlu belajar daripada kesilapan tersebut dan pastikan perkara sama tidak berulang.

“Anggap perlawanan menentang Singapura ini seperti perlawanan terakhir. Apa yang penting, tamatkan perlawanan dengan kemenangan, tidak kira berapa gol yang mampu kita hasilkan,” katanya.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya B-16 menghuni tangga keempat Kumpulan E tanpa sebarang mata selepas  satu perlawanan, manakala Palestin yang telah beraksi dua perlawanan, menerajui carta dengan enam mata.

India pula di tangga kedua dan Singapura di tangga ketiga, masing-masing mengumpul tiga mata, manakala Guam berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Selepas Singapura, Malaysia akan berdepan Guam pada 17 November dan India (20 November) dengan kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Untuk rekod, hanya juara setiap kumpulan pada peringkat kelayakan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan dari 12 hingga 29 Mei tahun depan.

Setakat ini, sembilan pasukan sudah layak ke pusingan akhir iaitu Uzbekistan selaku tuan rumah, Australia, Arab Saudi, Tajikistan, Jepun, China, Vietnam, Korea Selatan dan Qatar. – UTUSAN

 

KAPSYEN

SHUKOR ADAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini