Skuad skuasy lelaki cipta kejutan mara ke final

Skuad skuasy lelaki cipta kejutan mara ke final

Skuad lelaki negara mengejutkan India pada separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya, Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menempah tiket ke final acara skuasy berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan India 2-1 dalam separuh akhir di Nagoya Kinjo-Futo Arena, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara memperbaiki pencapaian pingat gangsa pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Pemain perseorangan utama negara, Ng Eain Yow yang menghuni ranking No. 18 dunia terlebih dahulu meletakkan Malaysia di depan apabila menewaskan Abhay Singh 11-8, 11-8, 11-8 dalam masa 27 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, India kembali menyamakan kedudukan menerusi Sanjay Jeeva yang tewas kepada Veer Manish Chotrani 4-11, 8-11, 5-11 dalam masa 22 minit.

Tekanan kemudian terarah kepada C. Ameeshanraj untuk memastikan tiket ke final menjadi milik Malaysia dan pemain muda itu tidak mengecewakan apabila menundukkan Velavan Senthilkumar 10-12, 11-6, 11-8, 11-9 dalam pertarungan sengit selama satu jam enam minit.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia mara ke final dan akan berdepan Pakistan bagi perebutan pingat emas, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×