Eropah diancam gangguan bekalan minyak bulan depan

Eropah diancam gangguan bekalan minyak bulan depan

GAMBAR fail menunjukkan kapal tangki minyak berbendera Panama, Barbaros Hayrettin, di Port-de-Bouc, Martigues, selatan Perancis.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Eropah berdepan ancaman gangguan bekalan bahan api apabila Arab Saudi tidak menjamin penghantaran minyak mentah ke kilang penapisan di benua itu bulan depan. 

Perkembangan itu susulan konflik yang semakin meningkat di Teluk dan Eurasia terus menjejaskan rantaian bekalan tenaga Eropah.

Konflik di sekitar Kesatuan Eropah (EU), Mediterranean Timur, Laut Merah, Selat Hormuz, Laut Hitam dan Laut Caspian menunjukkan Eropah semakin sukar menjamin keselamatan rantaian bekalan tenaga kritikalnya.

Arab Saudi sebelum ini mengurangkan tekanan bekalan dengan mengalihkan minyak mentah melalui Saluran Paip Timur-Barat ke terminal eksport Yanbu di Laut Merah.

Aliran melalui saluran itu meningkat daripada kira-kira dua juta tong sehari pada awal tahun kepada sekitar enam juta tong sehari, namun serangan dron ke atas sebuah stesen pam pada 11 September menyebabkan operasi berkenaan dihentikan.

Setakat ini, masih belum dipastikan bila Saluran Paip Timur-Barat akan dibuka.

Gangguan di Arab Saudi berlaku ketika laluan Laut Merah turut berdepan ancaman selepas pasukan Houthi menguasai beberapa lokasi strategik berhampiran Selat Bab al-Mandab.

Keadaan itu menyebabkan premium insurans risiko perang bagi pelayaran di Laut Merah melonjak, manakala sebahagian syarikat perkapalan mengalihkan laluan kapal mengelilingi Tanjung Harapan.

Langkah itu boleh menambah 10 hingga 14 hari perjalanan serta meningkatkan kos penghantaran di seluruh rantaian bekalan global.

Pada masa sama, Eropah masih berdepan kesan penutupan Selat Hormuz sebelum ini yang mengeluarkan kira-kira 17 hingga 19 juta tong minyak sehari daripada pasaran global.

Eropah turut menghadapi gangguan bekalan dari Russia susulan serangan Ukraine ke atas kilang penapisan dan terminal eksport negara itu, manakala sekatan Eropah mengehadkan sumber alternatif.

Keadaan itu meningkatkan risiko kenaikan harga diesel, elektrik dan makanan di Eropah apabila bekalan berkurangan, kos penghantaran meningkat dan operasi kilang penapisan terganggu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×