kasut bola Kane, Bellingham hilang

kasut bola Kane, Bellingham hilang

HARRY Kane(tengah) ketika menjalani latihan bersama pasukan England-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Persiapan England menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2026 dilaporkan terganggu selepas peralatan latihan dan kasut bola skuad itu dicuri ketika dalam perjalanan ke kem latihan di Kansas City, Amerika Syarikat.

Insiden yang disifatkan sebagai “rompakan besar” itu berlaku ketika barangan berkenaan dihantar dari Florida ke pusat latihan di Swope Soccer Village, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kem Three Lions.

Skuad kendalian Thomas Tuchel sebelum itu berada di Florida untuk kem latihan pra-kejohanan dan mencatat beberapa kemenangan dalam aksi pemanas badan termasuk menentang New Zealand, Costa Rica serta Miami United.

Menurut laporan, peralatan tersebut dihantar lebih awal sebelum ketibaan pasukan di hotel pada Sabtu pagi, dengan sesi latihan dijadualkan berlangsung pada sebelah petang.

Bagaimanapun, hanya sebahagian kecil peralatan dilaporkan masih selamat, termasuk hanya sebiji bola sepak yang tinggal selepas kejadian tersebut.

Antara barangan yang hilang termasuk peralatan analisis prestasi, papan taktikal milik jurulatih, serta meja urut pasukan. Lebih membimbangkan, terdapat kemungkinan but milik pemain utama seperti Harry Kane dan Jude Bellingham turut hilang.

Kakitangan England kini bertungkus-lumus mendapatkan peralatan gantian segera bagi memastikan persiapan tidak terjejas menjelang aksi pertama menentang Croatia, Rabu ini.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Amerika Syarikat turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk dakwaan kemungkinan penglibatan individu yang mengendalikan penghantaran barangan tersebut.

Insiden itu dijangka memberi tekanan tambahan kepada England yang sedang memuktamadkan persiapan akhir sebelum sepak mula kejohanan terbesar dunia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN