Gandingan Kane, Bellingham jadi pemusnah

Gandingan Kane, Bellingham jadi pemusnah

JUDE Bellingham (kanan). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gandingan Harry Kane dan Jude Bellingham dijangka sekali lagi menjadi senjata utama England apabila berdepan Republik Czech dalam aksi Liga Negara-Negara, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kane bakal menyamai rekod 125 penampilan England milik bekas penjaga gol, Peter Shilton, dalam aksi di Wembley, sekali gus menjadikan perlawanan itu lebih bermakna buat penyerang berusia 33 tahun berkenaan.

Kane yang membuat penampilan sulung pada 2015 kini muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman England dengan 89 gol selepas meledak dua gol ketika membelasah Croatia 7-0, Sabtu lalu.

Sejak debut di bawah kendalian Roy Hodgson, Kane terus menjadi tonggak utama England dengan melalui era Sam Allardyce, Gareth Southgate, Lee Carsley dan kini Thomas Tuchel.

Bellingham pula kembali menjadi pemain penting England selepas pernah digugurkan daripada skuad pada Oktober tahun lalu, sebelum mengukuhkan semula kedudukannya menjelang Piala Dunia selepas melalui tempoh sukar bersama Tuchel.

Bintang Real Madrid itu turut mencuri tumpuan ketika Piala Dunia apabila mengatasi Kane sebagai penjaring terbanyak England, namun kempen mereka berakhir selepas tewas kepada Argentina pada separuh akhir.

Tuchel percaya hubungan Kane dan Bellingham semakin berkembang di dalam dan luar padang, sekali gus memberi England lebih banyak kreativiti serta ancaman jaringan, terutama selepas Bellingham diberi peranan lebih menyerang.

“Mereka semakin baik. Mereka suka bermain bersama dan semakin memahami antara satu sama lain. Kami mengubah sedikit kedudukan mereka selepas Piala Dunia. Jude hampir beraksi lebih menyerang untuk kami. Di situlah saya melihatnya berada pada posisi paling berbahaya,” kata Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN