Karl sah terlepas aksi Piala Dunia

Karl sah terlepas aksi Piala Dunia

LENNART Karl-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Penyerang muda Jerman, Lennart Karl sah terlepas aksi Piala Dunia 2026 selepas disahkan mengalami koyak otot ketika sesi latihan terakhir skuad kebangsaan, kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman  yang memaklumkan pemain berusia 18 tahun itu tidak lagi mampu meneruskan persiapan kejohanan selepas kecederaan berkenaan.

Dalam satu kenyataan di media sosial rasmi pasukan menegaskan Karl mengalami koyakan otot ketika sesi latihan dan terpaksa diketepikan segera, sambil mendoakan kesembuhan buat pemain muda itu.

Situasi itu sekali gus memaksa pengendali Jerman, Julian Nagelsmann membuat perubahan saat akhir.

Sebagai pengganti, Jerman memanggil pemain tengah RB Leipzig, Assan Ouedraogo bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Karl dalam skuad.

Nagelsmann sebelum ini sudah memberi bayangan situasi kecederaan itu tidak berada dalam keadaan baik selepas Karl dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut di Amerika Syarikat.

“Kami tidak mahu mengambil risiko. Keadaan dia tidak nampak baik,” kata Nagelsmann ketika sidang media.

Kehilangan Karl dianggap tamparan besar buat Jerman memandangkan pemain muda itu antara tonggak baharu yang menyerlah bersama Bayern Munich musim ini di bawah kendalian Vincent Kompany.

Dia turut mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol dalam penampilan antarabangsa awal bersama skuad Jerman ketika menewaskan Finland 4-0.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN