Jenazah Koperal Norazmi akan dikebumikan di Merbok

Jenazah Koperal Norazmi akan dikebumikan di Merbok

ISTERI Koperal Norazmi Abu Bakar, Siti Fairus Mohamad Yussof tidak dapat menahan sebak ketika hadir ke Jabatan Foresik HSB, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Busyra, Merbok.

Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, urusan tersebut akan dilakukan sejurus proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selesai.

Namun katanya, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dimaklumkan bermula pukul 9 malam ini.

“Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik HSB, di sini, hari ini.

Sementara itu, difahamkan jenazah seorang lagi anggota tentera yang turut terkorban dalam kejadian itu, Prebet Siti Khadijah Sungip dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor.

Terdahulu, Tentera Darat mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, kira-kira 10.57 pagi, hari ini.

Norazmi, 40, dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah, 24, dari Skuadron Pertama RAJD, mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.

Kedua-dua anggota dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN