KAJANG: Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras semalam diperluas merangkumi sistem pembentungan bawah tanah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi bermula pukul 8 pagi tadi akan dilaksanakan merangkumi radius sejauh lima kilometer. “Satu pasukan kita akan bergerak daripada perangkap sampah berpatah kembali ke…










