SANDAKAN: Sabah mencatatkan 357 kes malaria monyet sejak Januari hingga pertengahan April tahun ini dengan satu kematian direkodkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes berkenaan amat serius dan memerlukan tindakan bersepadu terutama membabitkan pengesanan awal, rawatan segera dan kawalan persekitaran di kawasan berisiko. Beliau berkata, daerah Tawau, Ranau dan Kudat dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kes malaria monyet di negeri ini. “Ini agak serius. Langkah penting…










