KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesahkan menerima laporan rasmi berhubung persembahan teater dalam satu pertandingan seni di Universiti Malaya (UM) yang didakwa berunsur tidak senonoh sehingga tular di media sosial, baru-baru ini. Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata berdasarkan laporan itu, pihak UM mengakui terdapat beberapa aspek sensitiviti dalam persembahan berkenaan yang perlu diperbaiki. Beliau berkata, kementerian turut mengambil maklum persoalan yang dibangkitkan orang awam mengenai kewujudan garis…










