Pada 22 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sejenis relau ciptaan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya bagi membakar habuk-habuk kayu di kilang-kilang papan tanpa mencemarkan udara bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Relau Siklon (Cyclone-type Furnace) yang dicipta oleh Profesor Madya Goh Sing Yau dan rakan-rakannya di Fakulti Kejuruteraan merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan pencemaran alam di negara ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 22 Mei 1974 – Kumpulan boria Persatuan Kesenian Melayu Hutan Melintang, Hilir Perak yang ditubuhkan tujuh tahun lalu, kini semakin mendapat perhatian umum dan sering menerima undangan persembahan di seluruh tanah air.
- 22 Mei 1978 – Seramai kira-kira 150,000 orang penagih dadah di Malaysia membelanjakan sejumlah RM560 juta setahun bagi mendapatkan dadah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Rais Yatim.
- 22 Mei 1979 – Lagu ‘Maju Sukan Untuk Negara’ gubahan Abdul Hamid Baharuddin dari Ulu Kelang, Selangor telah dipilih sebagai pemenang pertama pertandingan mencipta lagu Minggu Sukan Kebangsaan 1979.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










