Pada 23 September 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang penjaga pam sebuah lombong, Yahaya Wok, 52 tahun, tertimbus hidup-hidup apabila ia berpatah balik untuk mengambil jam tangannya dalam satu kejadian tanah runtuh.
Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Lombong Kam Kee, Jalan Gopeng, Batu Gajah, Perak, Yahaya bersama tiga orang rakannya telah lari menyelamatkan diri apabila tanah tempat mereka bekerja mula runtuh.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 September 1980 – Gerakan dan MCA di Pulau Pinang sanggup bekerjasama bagi mewujudkan kerajaan negeri yang lebih baik di negeri berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
- 23 September 1981 – Seorang isteri bertindak menuang asid ke tekak suaminya yang sedang tidur di rumah mereka di Tebedu, Kuching, Sarawak disebabkan perasaan cemburu.
- 23 September 1984 – Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) mengumumkan bahawa Brigedier Jeneral Lee Hsien Loong, anak sulung Lee Kuan Yew akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]











