Unit Jantung PPUM berjaya bedah pembuluh darah - Utusan Malaysia

Unit Jantung PPUM berjaya bedah pembuluh darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Unit Jantung Hospital Universiti Malaya berjaya buat pertama kalinya melakukan pembedahan pembuluh darah jantung tersekat ke atas pesakit, Bahrain Bahari, 49 tahun setelah penubuhan unit tersebut sejak tahun 1967.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua dan pakar bedah, Doktor Razali Hashim memaklumkan, pembedahan tersebut dilakukan beberapa hari setelah pihak hospital menerima mesin pengesan pembuluh darah yang sebelum ini tidak dimiliki oleh pihak hospital.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Oktober 1979 – PERKIM berjaya membuka klinik perubatannya yang kedua di Cheras Baru, Kuala Lumpur setelah klinik perubatan yang pertama di Jalan Ipoh berjaya memberi rawatan kepada 20,000 orang pesakit tahun lalu.
  • 8 Oktober 1983 – Pemain badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek secara rasmi menandatangani kontrak selama tiga tahun sebagai pemain berlesen dengan Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG).
  • 8 Oktober 1984 – Negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengkagumi kemajuan yang dicapai oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Malaysia sejak penubuhannya dua tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN