Maaf sangat kepada pemenang, saya ini darah gemuruh - Azhan Rani - Utusan Malaysia

Maaf sangat kepada pemenang, saya ini darah gemuruh – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhan Rani tampil berkongsi momen mencuit hati apabila dirinya berasa gemuruh ketika menyampaikan trofi kepada pemenang kategori Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35), Sabtu lalu.

Menurut Azhan, dia merupakan seorang yang mudah gugup setiap kali menghadiri majlis rasmi sedemikian, malah mengakui dirinya tersilap mengucapkan terima kasih sewaktu menyerahkan trofi kepada pemenang anugerah.

“Aku ini memang tidak boleh apabila majlis-majlis rasmi seperti ini. Kalau tidak kelam-kabut, memang akan ada benda bodoh berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa aku sampaikan trofi kepada pemenang kategori Cerita Asal Terbaik FFM35 hari itu, aku nak cakap tahniah kepada pemenang tetapi aku boleh cakap terima kasih. Yang menang itu pun cakap terima kasih,” katanya di Instagram.

Tambah Azhan, dia hanya menyedari kesilapan tersebut selepas selesai menyampaikan anugerah dan bertemu dengan rakan penyampai anugerah, Zahiril Adzim.

“Lepas bersalam, masa berjalan balik kepada Bob (Zahiril), baru otak aku berfungsi. Kau cakap apa tadi, setan? Kau bagi trofi, bukan kau yang menang.’ Itu yang aku bisik kepada Bob. Aku dah buat benda bodoh,” selorohnya.

Dalam masa sama, Azhan turut menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada penerima anugerah tersebut, Sun J. Perumal dan Sivanantham.

“Apa pun, maaf sangat kepada pemenang kategori Cerita Asal Terbaik FFM35, Sun J. Perumal dan Sivanantham sebab otak saya tidak berfungsi baik malam itu.

“Malu juga. Lepas ini jangan panggil aku lagi untuk benda-benda macam ini. Aku ini darah gemuruh,” ujarnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang rata-ratanya terhibur dengan lagak spontan aktor tersebut.

“Tolong berkelakuan baik,” usik pelakon Nadiya Nisaa.

“Walau apa pun, awak antara yang terbaik. Kalau boleh, saya mahu berikan semua anugerah kepada awak,” komen Che Puan Sarimah Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini