Pada 21 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Duta Besar Amerika Syarikat ke negara ini, Ronald D. Palmer menegaskan kerajaannya menganggap Malaysia sebagai sebuah ‘negara contoh‘ dalam usahanya membantu negara-negara sedang membangun lain di dunia.
Serentak dengan itu, Palmer turut mengumumkan bahawa kerajaannya sedang mengkaji kemungkinan menghapuskan keperluan visa bagi para pelajar dan pelancong Malaysia dan beberapa buah negara Eropah lain yang hendak memasuki Amerika Syarikat.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 21 Oktober 1981 – Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamad Rahmat yakin bahawa penggunaan Bahasa Malaysia akan dapat diterima sebagai salah satu bahasa antarabangsa selaras dengan perkembangannya di rantau ASEAN.
- 21 Oktober 1983 – Sekumpulan penyelidik dari USM sedang melakukan kajian di Tasik Temenggor bagi dijadikan sebagai kawasan perikanan bagi memberi faedah kepada masyarakat Orang Asli dan penduduk di sekitarnya.
- 21 Oktober 1985 – Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman memaklumkan, kaum wanita juga mampu untuk jadi pemimpin negara ini termasuk sebagai Perdana Menteri asalkan mereka mempunyai azam yang kuat untuk belajar bagi mencapai hasrat itu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]











