AS arah henti guna DeepSeek - Utusan Malaysia

AS arah henti guna DeepSeek

LOGO DeepSeek pada skrin komputer riba. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengarahkan agensi-agensinya menghentikan penggunaan peralatan ke­­cerdasan buatan (AI) daripada syarikat pemula China, DeepSeek, ketika kedua-dua negara bersaing untuk menguasai sektor yang berkembang pesat itu.

Notis Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengumumkan larangan terhadap produk yang dibangunkan DeepSeek dan peralatan yang dihasilkan pihak ketiga menggunakan teknologi syarikat itu, dengan menyatakan semuanya mesti dikeluarkan daripada peranti teknologi maklumat (IT).

Jabatan itu boleh mengeluarkan arahan kepada agensi awam, tetapi bukan kepada pihak tentera atau perkhidmatan risikan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan Pertahanan AS tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan ulasan AFP.

“Model DeepSeek mempunyai pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasi sebagai ancaman,” menurut dokumen yang disertakan bersama notis pada Isnin.

Penggunaan peralatan AI DeepSeek boleh menyebabkan pemindahan data sensitif ke China sekiranya digunakan oleh kakitangan atau vendor kerajaan AS, menurut amaran jabatan itu.

Pelayan DeepSeek terletak di China, yang sistem perundangannya membenarkan kerajaan mempunyai kuasa yang luas untuk mengakses infrastruktur syarikat swasta, menurut jabatan berkenaan.

AFP telah menghubungi DeepSeek untuk mendapatkan ulasan. 

DeepSeek, antara makmal AI terkemuka China, mencetuskan perubahan besar dalam industri itu pada Januari 2025 menerusi pelancaran chatbot berprestasi tinggi pada kos rendah, sekali gus mencabar tanggapan bahawa AS menguasai sektor berkenaan.

Syarikat itu melancarkan model baharu yang dinanti-nantikan, V4, pada April lalu dan mengemas kini versi V4 yang lebih pantas serta ringan pada bulan ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini