Pada 9 September 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Hussein Onn memberi amaran keras kepada semua anggota Barisan Nasional (BN) yang telah diberi kuasa oleh rakyat supaya jangan cuba mengambil kesempatan menambah kekayaan masing-masing.
Perdana Menteri juga mengingatkan mereka bahawa kuasa yang diamanahkan itu bukan alasan untuk menguasai manusia lain atau meninggikan darjat diri sendiri.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 9 September 1976 – Harga tanah di kawasan Kampung Balok, Sungai Ular, Gebeng dan Cherating melambung tinggi berikutan kawasan-kawasan berkenaan terletak berhampiran tapak pembinaan pelabuhan Kuantan, Pahang.
- 9 September 1979 – Dua orang meninggal dunia, manakala enam lagi cedera apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menghempap khemah dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah.
- 9 September 1980 – Seorang diplomat Libya, Ali Omar Burhilla, 30 tahun terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










