Wan Badariah berhasrat bercuti bersama keluarga selepas sidang DUN - Suami - Utusan Malaysia

Wan Badariah berhasrat bercuti bersama keluarga selepas sidang DUN – Suami

SABRY Saad (kiri) ketika ditemui di Unit Forensik HTF, Kangar, Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad untuk bercuti bersama anak-anak dan keluarga tidak kesampaian apabila menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, petang tadi.

Menurut suaminya, Sabry Saad, 52, pemergian isterinya itu cukup mengejutkan memandangkan Allahyarhamah sebelum itu masih sihat dan bergurau seperti biasa.

Katanya, sebelum ini, Allahyarhamah menyatakan hasrat untuk bercuti bersama anak-anak selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isteri saya sememangnya mengalami penat sejak beberapa hari ini namun tidak begitu membimbangkan.

“Bagaimanapun, keadaan isteri imula serius sekitar pukul 9 pagi tadi dan mula mengalami sakit pada pukul 11 pagi.

“Kemudian apabila masuk wad, dia kena intubate dan terus ditidurkan. Tapi oksigen dan tekanan darah mula turun akhirnya lepas beberapa kali dilakukan bantuan pernafasan, doktor maklumkan isteri telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di pekarangan unit forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini.

Ujar Sabry, jenazah Allahyarhaman dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kariah Padang Siding (Kubur Baroh), Arau, 11 pagi esok.

Dia sememangnya amat mengagumi keperibadian dan ketokohan isteri dalam menjalankan tugas walaupun semasa tempoh sakit.

“Dia masih jalankan tugas sebagai wakil rakyat walaupun sakit sebelum ini dan saya amat kagumlah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini