Anwar sumbang RM200,000 bantu Pondok Lubok Tapah

Anwar sumbang RM200,000 bantu Pondok Lubok Tapah

ANWAR Ibrahim (kanan) bersama Mohd. Nassuruddin Daud beramah mesra dengan Datuk Dr. Luqman Abdullah, Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah semasa melawat pusat pengajian berkenaan di Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan RM200,000 kepada Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubok Tapah di sini hari ini bagi membantu usaha penyelenggaraan dan baik pulih institusi pendidikan Islam berkenaan.

Sumbangan menerusi Projek Penyelenggaraan dan Baik Pulih Institusi Pendidikan Islam Negeri Kelantan 2026 itu diserahkan kepada Pengerusi madrasah, Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Abdullah.

Anwar tiba di pondok pengajian berkenaan sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusof Mamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam untuk beramah mesra serta menyantuni warga madrasah sebelum menunaikan solat Maghrib di situ.

Kehadiran beliau turut memberi peluang kepada warga pondok berkenaan beramah mesra secara langsung dengan Perdana Menteri. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini