Jojo tewas di Tokyo

Jojo tewas di Tokyo

Johan Ghazali Zulfikar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur apabila tewas kepada petarung Jepun, Shimon Yoshinari dalam kategori Flyweight ONE Samurai, sebentar tadi.

Dalam pertarungan yang berlangsung di Tokyo, Jepun itu, Johan yang mesra disapa Jojo terpaksa akur apabila tewas melalui Split Decision.

Dalam aski sengit di Arena Ariake itu, Atlet berusia 19 tahun itu memberikan tentangan sengit kepada petarung berusia 21 tahun itu.

Bagaimanapun, pengalaman yang dimiliki Shimon nyata membuahkan hasil apabila mengubah momentum perlawanan  dalam pusingan kedua apabila  mula meningkatkan tekanan dengan serangan bertali arus ke atas Jojo.

Petarung Jepun itu dilihat menguasai dua pusingan terakhir dengan aksi lebih agresif dan kemas, sekali gus mempengaruhi keputusan juri.

Dominasi Shimon pada pusingan kedua dan ketiga akhirnya memastikan kemenangan berpihak kepadanya, sekali gus memaksa Jojo akur dengan kekalahan tipis dalam pertarungan sengit tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN