UKM catat peningkatan lima bidang dalam ranking QS dunia

UKM catat peningkatan lima bidang dalam ranking QS dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatatkan peningkatan dalam lima bidang utama dalam QS World University Rankings (WUR) by Subject 2026 berbanding tahun sebelumnya. 

Naib Canselor UKM, Sufian Jusoh berkata, pencapaian tersebut merupakan rekod terbaik universiti berkenaan sejak tahun 2020.

Katanya, pencapaian itu mencerminkan kejayaan strategi universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, keterlihatan global serta kebolehpasaran graduan.

“Pencapaian ini merupakan pengiktirafan global yang membuktikan kualiti penyelidikan dan kebolehpasaran graduan UKM.

“Selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, pencapaian ini mengukuhkan kedudukan UKM sebagai antara institusi terkemuka dalam melahirkan bakat masa depan serta memacu penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Satu daripada lima bidang tersebut ialah Sains Semula Jadi (Natural Sciences) yang melonjak 48 anak tangga ke kedudukan 195 dunia.

Selain itu, bidang Sains Hayat dan Perubatan (Life Sciences and Medicine) meningkat 42 anak tangga ke kedudukan 192 dunia, manakala Kejuruteraan dan Teknologi (Engineering and Technology) naik 35 anak tangga ke kedudukan 162 dunia.

Dua lagi bidang yang menunjukkan peningkatan ialah Sains Sosial dan Pengurusan (Social Sciences and Management) yang melonjak 33 anak tangga ke kedudukan 146 dunia berbanding 179 pada 2025.

Bidang Seni dan Kemanusiaan (Arts and Humanities) turut mencatat peningkatan ke kedudukan 212 dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN