Kampus UKM cemas, 2,000 pelajar tunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Kampus UKM cemas, 2,000 pelajar tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Julai 1987, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertukar cemas apabila seramai 2,000 orang pelajarnya berarak ke pejabat Timbalan Naib Canselor kerana membantah peraturan baru yang melarang penggunaan motosikal dalam kawasan kampus.

Satu pasukan Polis Hutan dikerahkan ke kampus UKM untuk mengawal keadaan, namun para pelajar enggan bersurai, mereka berjaya merempuh halangan dan berjaya mara ke bangunan pentadbiran bagi menemui Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Nik Rashid Ismail.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Julai 1982 – Dunlop Malaysia Industries Berhad telah mendapat tender mengeluar dan membekalkan tayar-tayar baru untuk pesawat-pesawat Boeing 747 dan pesawat Airbus.
  • 16 Julai 1984 – Seramai 120 orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama Al-Atas, Pekan, Pahang berada dalam ketakutan di waktu malam kerana diganggu oleh satu lembaga hitam.
  • 16 Julai 1986 – Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Mokhtar Ahmad memuji para jemaah haji Malaysia yang telah tiba di tanah suci kerana mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN