Tuanku Muhriz perkenan rasmi TCC 2026

Tuanku Muhriz perkenan rasmi TCC 2026

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Tuanku Canselor (TCC) 2026 di Bangi, hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Tuanku Canselor (TCC) 2026 di Bangi, hari ini.

Keberangkatan baginda merangkap Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut diiringi oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin. 

Majlis turut dihadiri Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh dan Duta Besar Jepun di Malaysia, Shikata Noriyuki

Memuatkan artikel berkaitan…

Persidangan antarabangsa selama dua hari itu dianjurkan Fakulti Undang-Undang UKM bertemakan Kedaulatan Undang-Undang dan Tadbir Urus Baik di ASEAN dan Antarabangsa’. 

Seramai 121 pembentang dari seluruh dunia menyertai persidangan yang dianjurkan sejak 2007 itu. 

Turut akan diadakan perbincangan meja bulat yang akan berlangsung esok, dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.  

Terdahulu semasa berucap, Sufian berkata, TCC 2026 menyediakan platform untuk meneroka bagaimana prinsip undang-undang dapat diperkukuh di rantau yang semakin penting serta bagaimana Malaysia dapat menerajui perbincangan itu di Asia Tenggara.

Beliau berkata, persidangan itu menekankan kepentingan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik dalam membina institusi yang telus, berdaya tahan dan dipercayai, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. 

“Persidangan ini juga membuka ruang untuk bertukar-tukar pandangan serta meneroka bagaimana prinsip-prinsip ini dapat terus dipertahankan dalam dunia yang sentiasa berubah,” katanya. 

Beliau berkata, integriti dan tadbir urus baik yang kekal sebagai prinsip penting yang dijunjung oleh universiti berkenaan dan turut menjadi teras kepada aspirasi Tekad 57

Jelasnya, ia adalah pelan strategik universiti ke arah merealisasikan Malaysia yang maju, berprinsip dan aman menjelang 2057 bersempena ulang tahun ke-100 kemerdekaan negara. 

“Undang-undang yang mantap dan tadbir urus yang baik merupakan asas kepada aspirasi tersebut dan persidangan ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami ke arah merealisasikannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini