MB menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap hari ini

MB menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap hari ini

KENDERAAN yang membawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tiba ke Istana Hinggap, Negeri Sembilan.-UTUSAN/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini hari ini.

Kenderaan yang membawa Ismail tiba di pekarangan Istana Hinggap kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Kira-kira 10 minit kemudian, kenderaan yang membawa Tuanku Muhriz turut tiba di Istana Hinggap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir di Istana Hinggap ialah Undang Luak Sungei Ujong, Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Pertemuan tersebut berlangsung selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Ismail menghadap Tuanku Muhriz bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sesi menghadap itu dipercayai berkaitan perkembangan terbaharu kemelut politik dan pentadbiran negeri yang turut membabitkan kedudukan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Sebelum ini, Tuanku Muhriz dilaporkan membatalkan pelantikan barisan Exco Negeri Sembilan, manakala Ismail kekal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×