Dr. Mahathir kembali ke pejabat

Dr. Mahathir kembali ke pejabat

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah kembali ke pejabatnya pagi tadi selepas menjalani tempoh rehat susulan kecederaan akibat terjatuh di kediamannya, baru-baru ini.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bapanya itu sudah mula bertugas seperti biasa.

“Dah masuk ofis pagi tadi. Alhamdulillah,” katanya ringkas dalam Facebook, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir, Sufi Yusoff memaklumkan, beliau berada di pejabat dari pukul 11 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Pada awal tahun, Tun Dr. Mahathir disahkan mengalami keretakan pada bahagian pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya.

Bagaimanapun, pasukan perubatan yang merawat beliau di Institut Jantung Negara (IJN) memutuskan kaedah rawatan terbaik adalah melalui fisioterapi tanpa pembedahan.

Difahamkan, tempoh pemulihan dijangka mengambil masa lebih panjang berikutan faktor usia beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN