PM ucap selamat ulang tahun ke-101 buat Tun M

PM ucap selamat ulang tahun ke-101 buat Tun M

ANWAR Ibrahim berkongsi kenangan bersama Tun Mahathir di laman Facebooknya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana Menteri  turut mendoakan agar Dr. Mahathir terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahi rahmat dan keberkatan.

“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatan-Nya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah negara selepas menerajui pentadbiran Malaysia selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 sebelum kembali memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2020.

Sepanjang pentadbirannya, Dr. Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang membawa agenda pemodenan dan perindustrian negara termasuk memperkenalkan Wawasan 2020 yang menjadi hala tuju Malaysia ke arah mencapai status negara maju. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN