Isu rasuah tidak jejaskan keyakinan rakyat terhadap ATM

Isu rasuah tidak jejaskan keyakinan rakyat terhadap ATM

ADLY Zahari (tengah) menyerahkan replika kunci rumah kepada balu veteran ATM, Ruslinda Zakaria, pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bina Baharu Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Sentosa, Paroi, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD.SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Isu rasuah membabitkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, rakyat masih menaruh kepercayaan penuh terhadap anggota pertahanan termasuk veteran.

Menurutnya, rakyat sememangnya menyedari pengorbanan besar yang telah dicurahkan oleh pasukan ATM demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Saya fikir rakyat tidak sedikit pun hilang keyakinan kerana kita tahu ini bukan perkara yang boleh dilihat secara menyeluruh sehingga menghilangkan kepercayaan kepada pihak kementerian atau pasukan ATM.

“Pengorbanan yang diberikan oleh anggota pertahanan kita tidak pernah berbelah bahagi kepada negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sentosa, Paroi di sini hari ini.

Bagaimanapun Adly berkata, sebarang perkara yang melibatkan integriti perlu ditangani secara tegas dan telus oleh pihak berkuasa.

“Isu integriti ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kita sentiasa berikan kerjasama kepada pihak berkuasa, terutamanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita juga tahu bahawa SPRM sudah menjalankan siasatan dan kita serahkan sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, penghargaan terhadap ATM tidak seharusnya terhakis hanya kerana tindakan individu tertentu.

Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaan Inisiatif Perumahan Veteran ATM bukan sahaja dilihat dapat membantu veteran ATM yang kurang berkemampuan malah bukti komitmen kementerian membela nasib golongan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN