Perdana Menteri terima pujian rakyat Kemboja, Thailand

Perdana Menteri terima pujian rakyat Kemboja, Thailand

ANWAR Ibrahim bersama barisan pemimpin negara semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Thailand-Cambodia di Sidang Kemuncak ASEAN 2025. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pelbagai ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja dalam media sosial, susulan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL) antara Thailand dan Kemboja.

Rata-rata komen di platform Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri menzahirkan terima kasih serta penghargaan atas peranan Malaysia, sebagai pemudah cara kepada perjanjian bersejarah bertujuan memulihkan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand–Kemboja.

“Terima kasih atas usaha gigih anda membantu kami mencapai keamanan,” tulis Sokun Dara.

Seorang lagi pengguna, Phorn Sreypich menulis, “Kami amat menghargai kepimpinan Malaysia dalam membantu kedua-dua negara mencapai kata sepakat.”

Vannary Kimlong pula berkata, “Saya rakyat Kemboja, dan saya sangat tersentuh melihat keikhlasan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar.”

Mereka turut memuji kebijaksanaan diplomatik yang disifatkan sebaga berhemah, tenang dan berkesan dalam memimpin ASEAN sebagai pengerusi tahun ini.

Hantaran yang menerima lebih 5,000 komen turut menyaksikan rakyat Malaysia memberikan pujian terhadap kepimpinan dalam memupuk keamanan dan memperkukuh hubungan serantau.

“Ramai rakan saya dari Kemboja dan Thailand gembira bila saya kongsikan berita ini… tahniah PMX atas diplomasi yang matang,” tulis seorang pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN