Ramai hina fizikal saya hanya kerana saya pertahankan budak-budak - Zila Bakarin - Utusan Malaysia

Ramai hina fizikal saya hanya kerana saya pertahankan budak-budak – Zila Bakarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sering lantang meninggalkan komen spontan di Threads, pelakon, Zila Bakarin kesal apabila dirinya dikecam dek kerana cuba mempertahankan kanak-kanak yang terkesan ketika melihat ibu bapa mereka berbalah.

Menurut Zila, dia berlapang dada menerima segala cacian yang bersifat keterlaluan dari netizen meskipun ada yang menyentuh tentang fizikalnya.

“Ramai betul hina fizikal saya, kata bibir besarlah, muka palsulah hanya kerana saya kasihankan dan pertahankan budak-budak.

Memuatkan artikel berkaitan…

”Ya, saya tidak cantik. Okey saya terima hinaan itu. Terima kasih semua yang menghina. Berhenti panggil saya ratu atau permaisuri Threads. Saya geli,” katanya.

Terdahulu, Zila meluahkan rasa kurang senang apabila melihat video perbalahan antara adik kepada pelakon, Syatillah Melvin, Syida Melvin dan bekas suaminya, Shafiq Azim disaksikan oleh anak-anak mereka.

Meskipun bersimpati terhadap nasib wanita itu, Zila bagaimanapun tidak bersetuju apabila ketegangan itu mampu menjejaskan mental kanak-kanak yang masih dalam fasa membesar.

“Itu maksud saya, saya pun membela nasib perempuan. Apa yang dia (Syida) buat itu betul. Cuma bila depan anak-anak dan live untuk tontonan, jantan (lelaki) gila memang jangan bagi muka.

”Tetapi jangan depan anak-anak. Bila orang cakap dia terpaksa bawa, saya faham. Terpulang pada orang mahu kecam saya. Saya cuma kasihan dengan anak-anak saja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini