Konflik di Myanmar, junta perlu bertanggungjawab

Konflik di Myanmar, junta perlu bertanggungjawab

ANTONIO GUTERRES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Junta tentera Myanmar perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap konflik ketenteraan yang masih berlarutan tanpa sebarang penyelesaian di negara itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, secara prinsip, PBB tidak boleh mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.

“Junta Myanmar perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap konflik dalaman di negara itu (Myanmar) ,” katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di sini, hari ini.

Disoal sama ada PBB mampu mempengaruhi ASEAN dalam menangani isu berkenaan, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Guterres turut menggesa agar proses pilihan raya di Myanmar dijalankan secara adil dan bebas bagi memastikan kestabilan serta keamanan jangka panjang di negara berkenaan.

Sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 yang menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi, Myanmar terus dilanda konflik berdarah antara junta tentera dan kumpulan penentang yang terdiri daripada pasukan etnik bersenjata serta tentera pro-demokrasi.

Pertempuran yang berlarutan itu mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan jutaan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Komuniti antarabangsa, termasuk ASEAN, masih berusaha mencari jalan damai melalui pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, namun kemajuannya dilihat amat perlahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN