Anwar menghadap Agong, persembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Anwar menghadap Agong, persembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

ANWAR Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi mempersembahkan laporan dan hasil perbincangan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi mempersembahkan laporan dan hasil perbincangan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan sidang-sidang berkaitan yang berakhir kelmarin.

 “Awal pagi ini, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim membentangkan hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang baru sudah melabuhkan tabir,” katanya menerusi hantaran di akaun media sosialnya.

Beliau dalam masa yang sama turut berkongsi mengenai kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang buat julung kali menyertai Sidang Kemuncak ASEAN.

 “Alhamdulillah, saya turut berkongsi mengenai kunjungan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump yang ikut serta dalam sidang ASEAN kali ini,” katanya.

Malaysia menamatkan tempoh sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan menyerahkan tugas kepengerusian itu kepada Filipina, dengan tumpuan terhadap kesinambungan dasar keamanan, keterangkuman, dan pembangunan mampan di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN